Melayu
    Pembina Kehidupan
Pengenalan Bahagian Kedua
Languages>Melayu>Pembina Kehidupan
التقيم الحالى لهذا المقال بناء على 56 رأى
Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Pengasih. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Selawat dan limpah kebaikan ke atas Nabi yang buta huruf Nabi Muhammad (saw), keluarganya dan sahabatnya.
Kami telah pun memperkenalkan Projek Kehidupan kami, seperti yang telah kami namakannya dalam episod sebelum ini. Hari ini kami akan meneruskan dengan apa yang telah kami mulakan. Selepas berbincang mengenai objektif-objektif program ini dan apa yang diharapkan menerusinya, akan kita dapat membincangkan yang berikut:
• Tujuan disebalik mengadakan program ini dan perbezaan antara program ini dan program Wa Nalqa al-Ahebba (Bertemu dengan Yang Dikasihi).
• Sebab-sebab mengapa motto: “bersama, kami membina kehidupan” dipilih.
• Adakah harapan untuk kita berjaya?
Dalam episod seterusnya InshaAllah kami akan membentangkan perkara-perkara berikut:
• Bagaimana Barat menangani masalah Renaissance?
• Pembangkitan orang Islam dan, bagaimana ia dapat dicapai.
• Memperkenalkan gerak kerja dan tempoh projek.
Selain daripada mengingatkan orang Islam bahawa mereka telah sampai ke tingkat paling bawah kehidupan, matlamat kita adalah untuk memahami Islam dengan betul. Islam bukan setakat menggariskan bagaimana solat atau puasa harus dilakukan (pernyataan ini bukan untuk mengentengkan ibadat). Walau bagaimanapun, ramai diantara kita berhenti setakat ibadat sahaja dan menganggap Islam setakat Ramadhan dan Hijab. Program ini dihasilkan untuk mengubah pandangan ini. Islam adalah mengenai membina kehidupan, ia adalah mengenai orang yang berjaya dan mantap yang memahami Islam yang sebenar. Saya akan mulakan disini dengan membaca ayat yang paling penting di dalam al-Qur’an. Masa depan Islam bergantung kepada ayat ini, yang mana kita baca setiap hari dalam Surah al-Fatihah (Surah Pembukaan). Kita membacanya tujuh belas kali dalam solat-solat wajib dan lebih daripada itu melalui solat-solat sunat. Ayat ini adalah: “Engkau sahaja yang kami sembah, dan kepada Engkau sahaja kami memohon pertolongan.” (إياك نعبد وإياك نستعين – Iaaka na’budu wa iaaka nasta’een). Maksud tersuratnya adalah kita menuntut Allah untuk membantu kita beribadat kepadaNya. Walau bagaimanapun, terdapat maksud yang lain yang penting dan menjadi asas kepada rancangan ini. Dari perspektif lain, maksudnya adalah yang Allah telah memberikan alam semesta ini untuk kegunaan kita. Alam semesta adalah kepunyaan kita. Di dalam al-Qur’an kita akan jumpa berkali-kali ayat-ayat yang mengulang pernyataan bahawa alam semesta telah ditanggungjawabkan kepada kita. Selalu kita membaca ayat-ayat seperti: “Supaya berada di bawah tanggungjawab anda...” Maka, “Kepada Engkau sahaja kami memohon pertolongan” bermaksud yang kita menggunakan segala-gala yang telah Allah ciptakan untuk kita di alam semesta ini untuk berjaya dalam kehidupan dan pengabdian kepadaNya, seperti yang di mintaNya. Ayat ini membawa maksud keseluruhan agama Islam itu.
Ibn al-Qaiyim menyatakan bahawa Allah telah menghimpunkan kesemua Kitab-kitab Suci ke dalam tiga buku yakni: Kitab Taurat, Kitab Injil dan Kitab al Qur’an. Selepas itu, Dia menghimpunkan ketiga-tiga buku itu di dalam al-Qur’an dan al-Qur’an dihimpunkan di dalam Surah al-Fatihah (Surah Pembukaan), dan kemudian al-Fatihah disimpulkan ke dalam ayat ini: Engkau sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkau sahajalah kami memohon pertolongan. Namun begitu, kita hanya melakukan separuh daripadanya iaitu menyembah Allah tetapi kita tidak menggunakan apa yang telah Allah berikan kepada kita.
Manusia tidak memohon pertolongan kecuali apabila berada dalam keadaan yang susah dan kritikal... kita masih terlalu jauh daripada perkara-perkara ini... jadi, kita berpuas hati dengan “Engkau sahaja yang kami sembah.” Orang Barat melakukan separuh yang satu lagi, yang telah kita tinggalkan: “Kepada Engkau sahaja kami memohon pertolongan.” Orang Barat bekerja, mencapai, menghasilkan, dan memilih bahagian-bahagian kehidupan yang sukar dan tidak mudah untuk dihidupi, dan Allah telah membantu mereka sepanjang masa. Namun, disebabkan mereka tidak melakukan bahagian yang pertama ayat itu, “Engkau sahaja kami sembah”, maka tamadun mereka juga kecundang.
Mereka yang menglaksanakan kedua-dua belah ayat “Engkau sahaja kami sembah, dan kepada Engkau sahaja kami memohon pertolongan” adalah mereka yang berhak ke atas ayat ini: “Jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan Nikmat kepada mereka.”
Ayat ini tidak dilaksanakan dengan sepenuhnya kecuali semasa pemerintahan Tamadun Islam pada zaman Rasulullah saw. Selepas zaman itu, ayat ini tidak pernah di aplikasikan lagi.
Sealim mana orang-orang Islam menjadi, mereka akan tetap seperti sedia ada selagi mereka belum melaksanakan sebelah satu lagi ayat itu, dan itu adalah matlamat program kami, Pembina Kehidupan; untuk menyedarkan anda semua.
Bagi memiliki sesebuah kehidupan yang lengkap, kita perlukan kedua-dua belah. Mari kita cuba memahami isu ini dengan lebih mendalam. Apabila kita mengabaikan bahagian: “kepada Engkau sahaja kami memohon pertolongan,” kita akan gagal dalam mencapai “Engkau sahaja yang kami sembah.” Saya akan berikan kepada anda bukti atas pernyataan saya itu. Sebagai contoh, segala alat-alat untuk beribadat kepada Allah, seperti: sejadah, tasbih, sampailah ke Fanus Ramadhan (sejenis pelita mainan yang dibuat khas untuk kanak-kanak pada bulan Ramadhan), dan jam-jam Azan (untuk menandakan waktu-waktu solat); kesemuanya dikeluarkan dari negara-negara bukan Islam. Oleh itu, kita telah gagal dalam mencapai “Engkau sahaja yang kami sembah.”
Benarkan saya menerangkan dengan lebih lanjut. Kepiawaian pengukuran dalam hidup kami, secara kasar, dan projek-projek ekonomi kita kesemuanya dijana oleh orang Barat. Mereka tidak melaksanakan perkara-perkara itu supaya ia mengikut ajaran Al-Quran tetapi hanya apa yang berkesesuaian dengan cara hidup mereka. Bermula daripada ukuran-ukuran meter, kilometer, kepiawaian ISO, ke bilangan bintang pengiktirafan untuk menilai sebuah hotel. Jika anda mahu membina sebuah hotel 5 bintang yang gemilang untuk pelancong, anda tidak dapat membinanya. Untuk membina sebuah hotel lima bintang yang diiktiraf oleh kepiawaian sedunia, hotel tersebut mesti menghidangkan arak dan mempunyai sebuah kasino. Jika anda tidak bersetuju dengan perkara-perkara itu dan mengatakan ia adalah haram (tidak dibenarkan), anda tidak akan dapat memperoleh pengiktirafan lima bintang itu. Siapakah yang menentukannya? Malangnya, bukan anda. Anda tidak mempunyai hak untuk berkata setuju atau tidak setuju. Anda tidak memegang sumber-sumber ekonomi. Anda hanyalah seperti seekor parasit yang mahu memasuki dunia perdagangan. Peraturan pencaturan ini hanya ditentukan oleh mereka yang berkeupayaan.
Jadi, seperti anda dapat lihat, aspek ibadat juga akan kecundang.
Kita harus membuka sayap-sayap kita dan terbang untuk menjadi seperti pembina-pembina tamadun Islam yang terdahulu, pengibadat pada waktu malam, dan kesatria pada waktu siang.
Unsur ibadat sahaja dalam Islam dapat membawa kepada kejayaan dalam kehidupan. Ia membawa maksud lain kepada kehidupan, suatu maksud kukuh mengenai kejadian dan tujuannya.
Selepas pemerhatian dan pelbagai kajian, Plato menyimpulkan teorinya bahawa Allah telah menciptakan alam semesta ini dan melupakannya. Al-Quran membantah pernyataan itu dengan memberi jawapan: “...dan tiadalah Tuhanmu lupa.” (Surah Mariam – [19:64])
Karl Marx pula muncul dengan teorinya bahawa Allah mahu bermain dan bersuka ria (Moga Allah mengampunkan kita), maka Dia (Allah) telah menciptakan manusia untuk bermain dengan mereka. Jawapan yang menentang teorinya itu jelas dinyatakan di dalam al Quran: “Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia.” (Surah al-Mu’minun – Orang-orang yang beriman [23:115-116]).
Elia Abu-Madi telah beranggapan salah mengenai sebab disebalik kejadian alam semesta apabila puisi yang ditulisnya menerangkan mengenai kesesatannya dan kebingungannya atas tujuan kejadiannya. Jawapannya jelas daripada Al-Qur’an: “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku.” (Surah Adh Dhariyat – [51:56]), dan selepas itu: “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.” (Surah al-Baqarah – [2:30])
Seterusnya ayat yang menyatakan: “Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya.” ( Surah al-Baqarah – [2:31]). Nama-nama ini adalah yang kita gunakan dalam kehidupan seharian kita. Cara-cara untuk menggunakan ‘nama-nama’ ini juga telah diajarkan oleh Allah kepada Nabi Adam.
Anda mesti mula dengan mencari perkerjaan dan jalan untuk mencapai kejayaan supaya Islam anda akan dikira lengkap. Jika anda tidak melakukannya maka berhati-hati kerana mungkin anda akan tergolong bersama orang-orang beriman yang Saidina Umar al Khattab merujuk kepada dalam doanya yang bermaksud: “Ya Allah, saya mengadu kepada Engkau daripada ketidak moralan dan kelemahan orang-orang beriman...” Berhati-hatilah akan maksud doa ini kerana Umar adalah antara mereka yang telah dijanjikan syurga Jannah.
Ingatlah juga kepada salah satu doa Nabi Muhammad (saw) yang terdiri daripada doa-doanya pada waktu pagi: “Ya Allah, kepada Engkau aku berlindung, daripada keresahan dan kekecewaan, kelemahan dan kemalasan, kebakhilan dan ketakutan, berat hutang dan daripada keaniayaan manusia.”
Nabi Muhammad (saw) juga menunjukkan kepada kami bagaimana untuk membina kehidupan selepas kematian, beliau (saw) telah bersabda: “Apabila seseorang manusia meninggal dunia, segala amalannya dihapuskan kecuali tiga. Amal jariah yang dilakukan kerana Allah, ilmu yang dikongsi bersama orang lain dan digunakanoleh mereka, dan doa seorang anak yang soleh.”
Pada Hari Akhirat nanti, Nabi Muhammad (saw) memberitahu: “Jika bermulanya Hari Akhirat dan di dalam tangan mana-mana di antara kamu terdapat sebenih pokok palma, maka tanamkanlah ia dahulu.”
Para Hari Penghisaban Nabi Muhammad (saw) bersabda yang pada hari itu manusia akan ditanya mengenai empat perkara: waktu mudanya, hidupnya, hartanya, dan ilmunya.
Tidak menghairankah apabila 3 ayat pertama yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad (saw) mengandungi perkataan-perkataan “baca” dan “ajar” dan setiap perkataan itu diulang sebanyak dua kali? “Bacalah: Dengan nama Tuhanmu yang menciptakan, Yang menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Yang mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” ( Surah al-Alaq – Darah beku [96:1-5]). Cara-cara untuk memperoleh pendidikan dan ilmu pengetahuan (melalui pena) juga dinyatakan sekali. Lebih lagi, perkara-perkara ini telah disentuh di dalam al-Qur’an sebelum perkara-perkara yang lain.
Surah An-Naml (Kisah semut-semut) menceritakan mengenai kejayaan dari segi ketamadunan. Surah Al-Hadid (Kisah Besi) pula mendorong pemilikan industri ketenteraan. Surah Al-Mulk membantah keadaan ketiadaan pekerjaan. Surah Al-Jumu’ah (Hari Jumaat)(ia adalah hari cuti orang Islam) mendorong manusia untuk bekerja sebelum solat dan selepasnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui, kemudian setelah selesai sembahyang, maka berteberanlah kamu di muka bumi, dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak, supaya kamu berjaya.” ( Surah Al-Jumu’ah – Hari Jumaat [62:9-10])
Kebanyakan contoh-contoh orang-orang yang berjaya bermula dengan sebuah idea atau ilham yang kecil seperti yang telah disebutkan sebelum ini. Satu ilham, yang secara keseluruhan mendorong, mengawal, mengarah seseorang itu dan menjadi tujuannya yang utama seperti sabda Nabi Muhammad (saw): “Tiada siapa mengamalkan agama ini dengan betul melainkan mereka yang mengambilnya sepenuhnya.”
Ingat pada Avicenna yang digelar “Putera Kedoktoran” oleh masyarakat Eropah. Beliau adalah orang yang pertama untuk menggariskan prinsip-prinsip asas perubatan moden. Bukunya “Peraturan Perubatan” (The Canon of Medicine – Al-Quanun fi al Tibb) telah digunakan dalam pengajaran perubatan selama empat kurun. Apabila beliau ditanya bagaimana dia mencapai penyelesaian untuk segala masalah-masalah yang telah diselesaikannya, beliau menjawab rahsianya terletak di dalam salah satu ayat Qur’an yang bermaksud: “Demikianlah, Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil.” (surah Al-Baqarah – 2:143). Oleh itu, beliau menerangkan bahawa setiap kali beliau menghadapi suatu masalah dia akan cuba mencari jalan tengah masalah itu.
Pada tahun kedua Hijrah, Abbas Ibn Firnas melakukan percubaan pertama untuk terbang dalam sejarah kemanusiaan. Beliau didorong oleh ayat berikut yang bermaksud: “Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi, maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan!” (Surah Ar-Rahman – Yang Maha Pemurah [55:33]). Beliau telah mengambil dan menghayati ayat ini untuk menjadi dorongannya untuk terbang. Beliau telah mengumpulkan orang-orang Cordova untuk menyaksikan percubaannya walaupun mereka semua tidak percaya kepadanya. Namun demikian, beliau telah berjaya walaupun kakinya terpatah apabila cuba mendarat.
Ibn Khaldun adalah pengasas bidang Sosiologi dan beliau adalah orang pertama untuk mengkaji asas kitar hidup sesebuah negara dan kesan-kesan geografi serta iklim ke atas sikap manusia ke dalam bukunya Muqaddimah (Prolegomena). Sumber dorongannya adalah daripada ayat al-Qur’an yang bermaksud: “Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang orang yang mendustakan.” ( Surah Ali-Imran ¬– Keluarga Imran [3:137])
Siapakah di antara kamu yang akan mengambil salah satu ayat daripada al-Quran dan berkata saya akan mengikutinya dan menghayatinya untuk berjaya?
Sekarang telah sampai masa untuk menjawab soalan yang keenam: Apakah perbezaan antara rancangan-rancangan “Sunnaa’ al-Hayah – Pembina-bina Kehidupan” dan “Wa Nalqa al-Ahebba – Pertemuan dengan yang di Kasihi”? Sebenarnya, kedua-duanya seperti sayap-sayap keimanan dan Islam. Rancangan “Wa Nalqa al-Ahebba” membantu kita memahami maksud “Kepada Engkau sahaja kami sembah” dan perkara ini telah membantu kami untuk mengukuhkan akar-akar kita jauh ke dalam bumi. “Sunnaa’ al-Hayah”pula menerengkan bagaimana kita harus menuai buah-buahannya. Ia seolah kedua-dua rancangan memberitahu: “Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.” (Surah Ibrahim – Ibrahim [14:24]). Maka, “Sunnaa’ al-Hayah” akan membolehkan akar-akar tadi menghasilkan buah.
Marilah kita fikirkan bersama dan lilhat kepada siapakah rancangan ini ditujukan? Bagi saya, rancangan ini merujuk kepada golongan pemuda, harapan masa depan, harta yang dunia Arab punyai:
1. Pemuda: Menurut kepada sebuah laporan statistik yang menunjukkan taburan umur populasi dunia yang dikeluarkan oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai status dunia pada tahun 2002, dilaporkan bahawa lebih daripada 38% populasi dunia yang berumur 14 tahun ke bawah berada di dunia Arab. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa masa depan dunia berada di dalam tangan orang-orang Arab dan bukannya orang lain. Namun, kami bertanya kepada diri kami, apakah masa depan kita? Ia adalah masa depan yang akan kita binakan dengan tangan kita sendiri.
2. Wanita: Mereka mewakili separuh daripada masyarakat dan mereka yang akan membesarkan separuh yang lain.
3. Ibu bapa: Mereka bertanggungjawab untuk membesarkan anak-anak mereka.
4. Golongan bukan alim: Adalah penting untuk membentuk personaliti mereka untuk membangunkan negara-negara kita dan untuk mengembalikan kegemilangannya... sesuatu yang kita semua perlukan.
5. Golongan Bukan Islam: Untuk membolehkan negara-negara kami membangun. Kami harus memberi kejayaan saksama kepada semua.
Menambah idea anda ke atas idea saya tidak akan memberi dua idea tetapi segumpalan idea-idea. Ia seolah seseorang berdiri antara dua cermin, dia akan melihat bayangan dirinya yang tidak terbatas. Seolah-olah seperti suatu penyerakan nuklear.
Kita telah sama-sama bersetuju yang projek ini bukannya satu yang bersendirian malah ia adalah sebuah projek untuk seluruh negara, projek kita. Ia adalah projek yang akan mencabar kedudukan dan status kita Rancangan ini bergantung kepada idea-idea anda semua.
Kami mempunyai sedikit kerja praktikal sehingga kita bertemu semula. Saya mahukan cadangan-cadangan anda mengenai apakah yang harus kita lakukan untuk berjaya? Apakah yang harus kita lakukan untuk keluar daripada lohong hitam ini? Fikirkan dan hantarkan cadangan-cadangan anda itu, dan kami akan menunggu segala sumbangan daripada anda kerana tentu sekali ia akan membantu menjayakan projek ini.
Untuk menjawab soalan yang terakhir: Dan dari manakah anda akan mendapatkan keyakinan yang kita akan berjaya? Saya mengingatkan saudara yang tiada siapa yang hidup dengan sebuah cita-cita tanpa memberikan segala gala untuk cita-citanya itu melainkan mencapainya. Kita harus menghadapi cabaran-cabaran itu, sesungguhnya hidup ini suatu ujian seperti dinyatakan di dalam ayat yang bermaksud: “... dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan...” (Surah Al-Anbiya –Kisah Nabi-nabi [21:35]).
Cabaran-cabaran terbahagi kepada tiga jenis: cabaran yang mudah yang tidak mendorong seseorang untuk mengubah sesuatu; cabaran yang sukar yang membawa kepada kekecewaan; dan cabaran yang dapat melepaskan segala potensi dan kuasa seseorang.
Sekarang kita sedang menghadapi cabaran yang ketiga, yakni cabaran yang memaksa kita melepaskan segala potensi yang ada pada diri kita.
Marilah kita tonton bersama-sama sebuah rakaman filem lima minit yang menceritakankan sebuah cerita kejayaan yang agak unik.
Cerita ini bertajuk: Khaldun.
Khaldun ditimpa kemalangan semasa mudanya yang menyebabkan beliau menghidap Quadriplegia. Beliau bernafas dengan bantuan mesin. Namun demikian, Allah telah memberikan otaknya supaya beliau menjadi antara ahli perancang komputer yang paling hebat di dunia. Tontonilah filem ini untuk melihat bahawa tiada apa yang dapat menghalang seseorang yang mahu berjaya.

Diterjemahkan Oleh : Amran Sofyan

تنبيه:لن يتم قبول التعليقات التي بغير اللغة العربية أو الانجليزية**
أضف تعليق
الاسم
البريد الالكترونى

*فقط من أجل التواصل ولن يتم عرضه بالموقع.
عنوان التعليق
التعليق

*الحد الأقصى للتعليق هو 750 حرف.

تعليقات الزوار

--- أضف تعليق ---
طباعة المقال
إرسال المقال لصديق
متصفح ملفات اﻷكروبات
متصفح ملفات اﻷوفيس
جميع حقوق النشر محفوظة   Amrkhaled.net   1427 ©     هجرية     Managed By: ZADSolutions
Hosted By: NileWeb