|
|
|
|
|
|
Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Pengasih. Selawat dan limpah kebaikan ke atas Nabi yang paling mula – Nabi Muhammad (saw) - dan di atas keluarganya dan sahabatnya.
Berbulan telah berlalu setelah program kami Wa Nalqa al-Ahebba (Pertemuan dengan yang Dikasihi) yang lebih mengenegahkan kisah-kisah sahabat Nabi (saw), dan telah kami ikuti dengan secara dekat dan terperinci. Kini tiba masanya kami pula bercerita serta langkah-langkah yang patut diambil.
Bila saya katakan KAMI, saya maksudkan ANDA dan SAYA. Apa yang saya ketengahkan bukanlah setakat satu lagi rancangan televisyen, tetapi sebuah projek yang berazam membangkitkan negara-negara kita dan menyelamatkan belia-belia kita.
Program ini berformat praktikal bukan setakat syarahan. Ia berdasarkan petikan dari Al-Quran dan Sunna, selain hadis-hadis yang diceritakan oleh para sahabah Rasul. Matlamat utama ialah : MARI BINA KEHIDUPAN DI NEGARA-NEGARA KITA.
Penyelidikkan telah dijalankan di merata-rata tempat dikawangan remaja untuk mengenali cita-cita, harapan dan aspirasi mereka. Kami akan berusaha mencapai matlamat program pada setiap minggu, secara berunsuran, supaya dapat dibincangkan bersama. Pada tiga episod yang akan datang, saya akan menerangkan topik-topik utama dan akan kita bincangkan bersama. Topik-topiknya ialah :-
1. Apakah tujuan utama rancangan ini?
2. Apakah matlamat yang diinginkan dari rancangan ini?
3. Kenapa kami namakannya “Sunna’ Al-Hayaa” (Pembina Kehidupan)
4. Kehidupan seperti manakah yang ingin dikecapi?
5. Kenapa rancangan ini kami siarkan khususnya sekarang?
6. Apakah perbezaan rancangan ini dan Wa Nalqa al-Ahebba?(Pertemuan dengan yang Dikasihi)
7. Apakah model yang terbaik yang boleh kita pilih untuk anda?
8. Berapa lama tempoh projek ini?
9. Siapakah golongan penonton yang ingin kami tarik?
10. Bagaimana contoh ini boleh dipergunakan oleh pihak lain?
11. Contoh yang telah digambarkan oleh Nabi Muhammad
12. Bagaimana kita dapat Membina Kehidupan bersama dan apakah
peringkat-peringkat yang perlu diambil?
Cogan kami ialah : “Bersama kita akan membina Kehidupan”.
Seorang sahaja tidak dapat membina Kehidupan, kita mesti berganding tangan. Kita perlu berbincang bersama perkara yang telah disebutkan di atas.
Soalan Pertama : Apakah tujuan utama rancangan ini?
A - UNTUK MENDORONG YANG MUDA DAN YANG TUA, LELAKI DAN WANITA; SUPAYA MEREKA AKAN MEMAINKAN PERANAN YANG PENTING DAN BERKESAN UNTUK BERBAKTI KEPADA NEGARA MEREKA. PERANAN MEREKA SEHARUSNYA : BERKESAN – BERGUNA – BERPENGARUH:
Soalan Kedua : Apakah matlamat yang diinginkan dari rancangan ini?
Saya menjangka kadar pengangguran akan jatuh oleh kerana peranan yang berkesan
yang dimainkan oleh mereka. Kejayaan ada beberapa peraturan sekiranya kita punya
aspek-aspek berikut :
1. Cara-cara : yang tidak menghubungkan kepalsuan dari segi apa pun
2. Sejarah : Sejarah yang mendorong keyakinan dan kepercayaan pada diri
3. Kemampuan kewangan
4. Kecerdasan Belia : negara2 Arab mempunyai paling ramai belia dalam seluruh dunia
Jadi apakah lagi yang kita perlu perolehi setelah aspek kejayaan dan keutamaan dihuraikan?
Dua perkara belum disentuh :
1. Azam kemahuan untuk berjaya
2. Membentuk akal fikiran supaya memilih jalan yang berguna, membuang yang tidak berfaedah dan mula bereaksi dengan aspek yang diberikan
Kejayaan bermula dengan impian, satu idea, yang menguasai fikiran dan memupuk agar idea menjadi kenyataan. Jika diambil beberapa contoh mereka yang telah berjaya sejak beberapa tahun, akan didapati bahawa kebanyakan daripada mereka bermula pada jalan samada untuk diri mereka, untuk orang lain ataupun di masa yang lainnya untuk mengharumkan nama mereka sendiri. Walaubagaimanapun, semuanya bermula daripada suatu idea yang asas.
Muhammad (Al-Fatah) yang menjajah :
Detik permulaannya adalah impian kecil yang menyusungnya melalui kata-kata gurunya semenjak umurnya baru 10 tahun. Aspiranya ialah untuk menjadi orang yang pernah dikatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam sebuah hadis “Constantinople akan dibuka, sebaik-baik pemimpin adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya”. Gurunya selalu berkata padanya “Kenapa tidak orang ini, engkau wahai Muhammad?” Ketua tentera itu seterusnya menyediakan diri untuk misi ini. Dia selalu menunggang kudanya sehingga ke lautan dan ke dalam air sehingga air naik ke tahap leher kuda itu. Sedikit demi sedikit dia pun makin dekat dengan kubu-kubu tegap Constantinople sambil menjerit sekuat hatinya, seperti menjawab seruan Rasulullah, Nabi Muhammad (saw): “Aku akan menjadi orang itu!” Kemudian dia pun gigih belajar tentang pengurusan, peperintahan dan seni peperangan. Dalam masa itu, dia pelajari 6 bahasa sambil menambah ilmu pengalamannya. Dia mempunyai matlamat di depan matanya. Ketika umurnya baru berusia 21 tahun, Constantinople berjaya dijajahnya.
Dr. Ahmad Zuweil :
Tahukah anda rahsia di sebalik kejayaannya?
Tahukah anda siapa di sebalik kejayaannya?
Ibunya... Ibunya meletakkan satu papantanda di pintunya ketika Dr. Ahmad masih bayi lagi mengatakan “Ini adalah bilik Dr. Ahmad Zuweil”... Jadi beliau pun membesar dengan idea ini dari peringkat teramat muda, diukir di dalam hatinya yang mengoncak azam ke arah itu. Akibatnya, dia kecapi impiannya.
Imam Bukhary:
Ketika umurnya baru 12 tahun, dia ternampak satu visi... Dia ternampak dirinya seumpama berjalan di belakang Nabi (saw), dan setiap kali Nabi (saw) meletakkan kakinya ke tanah, Imam Bukhary pun cepat2 meletakkan kakinya di tempat yang baru dipijak Rasul. Dia terbangun dari mimpi itu dan terus bergegas menanyakan hal itu kepada gurunya. Di situ, dia terdengar gurunya sedang berkata “Jika salah seorang dari kamu dapat mengumpul hadis2 Rasul yang sahih (Hadis Sahih), dan mengasingkannya dari yang lemah (Hadis Daeif) dan yang direka (Hadis Maudu’), ianya seperti berjalan mengikut langkah Rasul (saw) yang dicinta.” Dari itu, Imam Bukhary fahamlah segera maksud mimpi itu dan kemudiannya, dia telah menjadi antara perawi hadis Rasulullah (saw) yang terulung.
Dia bertanggungjawab menubuhkan cara pembahagian ilmu seperti : Ilmu Tentang Perawih Hadis – Ilm Ar-rijal (1), ‘Cara untuk mengesahkan dan menolak Perawih Hadis – Manhaj al-Jarh wal-Taadeel” (2) (3), dan menetapkan peraturan untuk mengenali Hadis yang sahih (Hadith Sahih).
Dia telah mengumpul lebih dari 7,000 hadis (Ahadith) berdasarkan kaedah ilmu pengajiannya. Jarak pengembaraanya untuk mendapatkan hadis2 tersebut di katakan sepanjang 2 kali lingkungan lilitan bumi. Di masa itu, beliau telah berjumpa dengan lebih dari 4,000 ulama yang dikenali sebagai perawih hadis sahih. Pada waktu berada di Baghdad, kemampuannya sebagai ahli hadis yang masih muda pernah 'diuji' oleh sekelompok tokoh ahli hadis dan ulama setempat. Maka dalam suatu pertemuan ilmiah yang telah direncanakan, 100 hadis yang telah dicampur-aduk baik sanad maupun matannya, diajukan kepada Bukhari untuk disusun kembali seperti semula. Tanpa ragu- ragu lagi, Bukhari mengoreksi sanad dan matannya, kemudian menyusun kembali dengan tanpa kesalahan sedikit pun. Para hadirin kagum dengan kemampuan anak muda ini.
Thomas Edison:
Beliau adalah pencipta lampu elektrik. Beliau juga telah mendaftarkan lebih dari 1093 ciptaan asli dalam jangkamasa 10-15 tahun.
Kenapa belum terlihat seorang Muslim sepertinya?
Pernah dia ditanya tentang rahsia kemahirannya, jawapannya : “Saya bukan mahir, saya cuma punyai 1% kepandaian + 99% titik peluh dan kemahuan”.
Kenapa tidak kita contohi beliau, seorang bukan Muslim!!
Asmaa’ Bint Abi-Bakr:
Sewaktu dia mengandung 7 bulan, dia akan membawa makanan ke Rasulullah (saw) dan bapanya (Abu-Bakr, seorang sahabah nabi) setiap hari dari Mekah hingga ke Gua Thur dan pulang lagi. Pernah sekali dia di sepak oleh Abu-Jahl, sepakkan yang hebat sehingga anting2 nya berkecai dan wajahnya berdarah.
Siapa yang dapat menahan apa yang telah dia lalui? Dialah bakal menjadi Ibu kepada Abdullah, yang akan menjadi salah satu pahlawan Islam.
Umayah Joha:
Dia telah memenangi gelaran “Caricaturist terbaik” diantara seluruh negara Arab, walaupun ditindir bermacam masalah yang boleh mematahkan semangatnya seperti pemergian suaminya dan membesarkan anak2.
Yusuf Bin Tashfeen:
Contoh orang ini akan membuktikan bahawasanya rancangan ini ditujukan baik kepada yang muda ataupun yang tua.
Siapakah Yusuf Bin Tashfeen?
Beliau adalah seorang pahlawan yang hebat. Beliaulah yang bertanggungjawab memanjangkan tempoh kerajaan Muslim ke atas Andalusia selama 3 abad lagi setelah tempoh itu hampir tamat. Pahlawan ini beraksi sewaktu umurnya 90 tahun. Dia dapati Andalusia berpecah dibawah naugan pemerintah2 apabila 5 abad berlalu setelah penguasan Muslim. Di waktu itu, tentera Eropah sedang bersatu untuk memecah-belahkan penguasan Muslim di Andalusia. Yusuf tidak duduk diam.
Dia menunggang kudanya, walaupun umurnya yang agak tua, lalu mengatur langkah untuk menyelamatkan Andalusia. Beliau lalu mengumpul tenteranya dah menghapuskan musuh di dalam satu pertempuran yang di namakan Perang Zalaqua. Dari situ, dia telah berjaya menyelamatkan Andalusia selama 3 abad lagi.. Dan semua ini kerana seorang tua yang sudah berumur 90 tahun.
Dia membuktikan bahawa hidup tidak berakhir di situ sahaja.
Kita juga patut mengikut jejak langkahnya dan membuktikan pada diri bahawasanya, kita juga boleh membina sebuah kehidupan...
Sinan, seorang Arkitek
Dia adalah seorang Arkitek sewaktu kerajaan Ottoman dan tidak mula menyumbang sehinggalah umurnya 50 tahun, beliau meninggal sewaktu berumur 85 tahun.
Arkitek ini meninggalkan warisan sebanyak 364 karya seni bangunan dan kesemua ahli seni Rennaisance di Italy mempelajari darinya. Diketahui juga, tentera Jerman, tidak memusnahkan Istanbul kerana ditakuti akan merosakkan karya seninya!
Ketika dia hendak mengembuskan nafasnya yang terakhir, dia berkata “Ya Allah, Kaulah saksi bahawa segala yang aku lakukan adalah hanya untukMu. Allah, aku memohon engkau terima aku ke SyurgaMu”
Program ini bermatlamat untuk merubah kuasa dalam diri kita ke arah kerja-kerja yang positif yang diperlukan oleh masyarakat kita dari membuang masa dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah.
Belia2 Arab adalah seperti seorang pemuda yang sedih dan tertekan yang sedang duduk di dalam bilik yang gelap dan sempit penuh dengan sarang labah2. Segulung tikar sembahyang terletak di atas sofa tidak jauh darinya. Di atas mejanya adalah sebuah Kitab Suci Al-Quran yang telah berabuk.
Di luar, matahari bersinar terang-benderang.
Kita pergi kepadanya, dan menyapanya, “Kenapa tidak mahu keluar di mana matahari bersinar?”
Dia pun menjawab, “Tidak mungkin aku boleh keluar!”
Dan kita meyakinkannya “Sudah tentu Boleh!”.
Dan badannya pun mula mengerunyut dalam satu percubaan untuk bergerak, tapi dia gagal.
Dia terasa badannya seperti tercengkam ke tanah.
Cengkaman mengikat tangan kirinya...di situ tertulis perkataan “Pasif”.
Cengkaman mengikat tangan kanannya... tertulis perkataan “Malas”.
Cengkaman mengikat lehernya... tertulis perkataan “Jahil”
Cengkaman mengikat kakinya mengatakan “Tidak ada matlamat dalam hidupku”.
Kami memberitahunya, “Jika kau mahu bangun, kau mesti melepaskan diri dari cengkaman2 itu.
Kami akan membantu supaya kau berjaya.
Langkah demi langkah, dia mula belajar.
Dia mula belajar cara untuk membangunkan semangat dalam dirinya. Bagaimana hendak mengenali matlamat hidupnya dan bagaimana untuk memperkembangkan ilmunya.
Kesemua ini dia terapkan dalam hidupnya dan dijadikan kebiasaan.
Satu hari kami datang dan membuka pintu biliknya. Dia cuba bangun, dan berjaya bangun dengan senangnya.
Sebelum keluar, dia membawa bersama 2 perkara..
Dia membawa Kitab suci Al-Quran di tangan kanannya
Dan kunci untuk membina kehidupan di dalam tangan kirinya...
B- MATLAMAT KEDUA PROGRAM INI IALAH UNTUK MEMBANGUNKAN SEMANGAT BELIA-BELIA KITA DENGAN HARAPAN…CUKUPLAH DENGAN PUTUS ASA DAN KEKECEWAAN.
Satu peringatan penting yang Allah telah nyatakan di dalam bukuNya, “Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya.” (18:30)
Ini bermaksud, jika seseorang itu yakin dengan ideanya, bekerja keras seharian demi mencapai ideanya, nescaya dia akan meraih kejayaan… dan ini lah yang ingin kita kecapi.
C- MATLAMAT KETIGA IALAH UNTUK MEMPERKUATKAN KEIMANAN DENGAN MENJAUHKAN DIRI DARI BERBUAT DOSA
Jiwa anda, tersemat jauh di dalam lubuk diri anda, dan jika ianya tidak anda tanamkan dengan kerja2 yang baik dan berfaedah, ianya akan mudah dicemari.. Kita semua tahu bahawasanya masa adalah musuh utama kejujuran, dan teman kepada kegagalan.. Kedua-duanya punca yang akan mempengaruhi kepada perbuatan dosa.
Soalan Ketiga : Kenapa Program ini dipanggil “Pembina Kehidupan”?
Allah s.w.t telah menyatakan dalam bukuNya (bercakap kepada Nabi Musa) “…supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu” (20:39) dan ALLAH juga berkata: “Dan Aku telah memilihmu untuk menjadi RasulKu” (20:41).
Jadikanlah diri kami hanya untuk Allah…
Saya ingin menjadikan diri saya untuk Allah yang maha besar
Kami adalah orang-orang yang beriman
Kami ingin menjadi seperti Musa (di mana dua ayah tadi telah diturunkan).
Kenapa program ini dinamakan ‘Pembina Kehidupan’ dan bukan ‘Membina Kehidupan’?. Kerana yang pertama bermaksud, kita lah yang akan bertanggungjawab ke atas pembinaan kehidupan itu sendiri dan yang kedua pula mencadangkan perbuatan mungkin dengan pertolongan orang lain.
Soalan Keempat : Apa yang dimaksudkan dengan ‘Pembina Kehidupan’?
Kami maksudkan :
• Orang2 yang ambil tahu tentang perkembangan negara mereka
• Orang2 yang bergerak mengikut nada ‘KAMI’ dan bukan ‘SAYA’
• Orang2 yang mencari cara bagaimana dia boleh membantu negaranya
• Orang2 yang bekerja keras, bukan untuk diri mereka, tapi untuk tuhan dan agama mereka
Satu contoh yang dapat kita lihat ialah sewaktu kemenangan pasukan bola sepak Turkey sewaktu Perlawanan Bola Sedunia yang lalu. Kita sangkakan kemenangan mereka itu adalah untuk Allah, tetapi bila disaksikan pula cara mereka menyambut kemenangan itu seperti orang2 Barat, kita tertanya pula apakah kemenangan itu hanya untuk diri mereka?
Sekarang tiba masanya kita menjawab soalan yang mengandungi realiti pahit…
Kenapa program ini khasnya pada masa ini?
Realitinya pahit, dan secara terus terang kita tidak akan berubah selagi kita belum terjaga dari koma yang berpanjangan ini.
Kita telah jatuh ke tahap yang paling rendah dalam segala hal... Saya tidak dapat bayangkan tahap yang lebih rendah, oleh kerana ini lah yang TERENDAH sekali.
Di sini saya lampirkan statistik yang telah dicetak oleh Program Pembangunan Bangsa2 Bersatu untuk Negara2 Arab, menunjukkan angka2 yang menyedihkan secara tidak langsung, mengingatkan bahawasanya, masa untuk berubah telah lama tiba.
Indeks Buta Huruf dalam tahun 1995
Negara2 Arab 45%
Negara2 Kurang Maju 30%
Di Eropah 2%
Canada telah dapat menghapuskan Indeks ini, khususnya dalam pendidikan Komputer.
Pendapatan Purata bagi setiap rakyat
Bangladesh $170
Somalia $190
Afghanistan $210
Pakistan $300
Di Britain, umpanya lebih dari $12000 per year
Paten Terdaftar :
Di Mesir 77
Di Saudi Arabia 171
Di Israel 7652
Bilangan Jurutera dalam bahagian Kajian dan Perkembangan :
Di negara2 Arab dalam 300 bagi setiap 1 juta penduduk
Di Amerika Syarikat dalam 4000 bagi setiap 1 juta penduduk
Bilangan Pesakit kepada bilangan Doktor
Di Indonesia dalam 10,000 pesakit bagi setiap doktor
Di Sepanyol dalam 500 pesakit bagi setiap doktor
Bilangan Akhbar Harian untuk setiap 1000 penduduk :
Di dalam semua Negara Arab 53 Suratkhabar (Kebanyakkannya berita yang tidak serius)
Di negara2 membangun 285 Suratkhabar
Bilangan Buku-Buku yang telah dialihbahasa/dicetak:
Negara Arab memegang dalam 1.1% bahagian dalam keseluruhannya di dunia, walaupun kita merangkumi sekitar 20% penduduk dunia.
Dalam tahun 1995, keseluruhan negara2 Arab mencetak hanya 1348 buku, dan di Israel sahaja, terdapat 3284 cetakan baru.
Komputer:
Di negara2 Arab, terdapat 50 PC bagi setiap 1000 penduduk, dan Internet digunakan oleh 20 dari 1000 penduduk. Patut diambil perhatian bahawasanya kebanyakkan pengguna Internet ini menggunakannya untuk melunsuri lelaman lucah.
Statistik yang sama menunjukkan hanya 15% penduduk di negara Barat menggunakkannya untuk melunsuri lelaman lucah, tetapi hanya pada hujung minggu sahaja kerana bekerja di hari lainnya.
Mengulas kembali statistik ini :
• Kita tidak mahu mengikut teladan orang orang Barat. Mereka mempunyai banyak masalah, kehidupan materialistik telah mengosongkan hidup mereka. Model yang terbaik ialah model seorang Muslim, jika dipraktikkan dengan baik.
• Kami, sebagai seorang Muslim, merangkumi jumlah besar dari populasi dunia, seramai satu perlima dari keseluruhan populasi dunia.
• Masalahnya, kita telah terbiasa ‘mengambil’ ...dan kurang pula ‘memberi’
• Dalam kata lain: Kita hidup umpama parasit kepada orang lain (dalam 80%)
Nabi Muhammad (saw) pernah bersabda : “Mereka yang bersedekah adalah lebih baik dari mereka yang memerlukan pertolongan”.
Kita terima bila dipanggil ‘negara peminta sedekah’
Negara lain berkata : “Tidakkah cukup apa yang telah kami berikan pada kamu?” “Kenapa harus kami dengar apa yang hendak kamu katakan tentang kami?”
Kenapa harus kita terima cacian dan penghinaan ini???
Kita patut menolak cara hidup dalam keadaan meminta begini.
Kita patut berkata “Saya patut maju”
Saya patut memberi, Saya patut turut menambah dalam kehidupan.
Penulis agung Mustafa Sadek al-Refaie pernah berkata : “Jika kamu tidak menambah dalam kehidupan, kamu hanyalah tambahan dalam hidup.”
Kita punyai cara yang lebih berkesan untuk kita ikuti : Kita punya Kitab suci Al-Quran!
Allah berkata pada kita dalam bukuNya pepatah seperti: “berkhidmat untukmu”, “jadi ikutilah jalan itu”, “tidakkah mereka berfikir?”, “tidakkah mereka perhatikan?”
Yang lain telah menggunakan perkataan2 ini... Tapi, kenapa kita masih mengatakan kita tidak tahu...
Allah tidak akan menetapkan jalan hidup kita melainkan itu kemahuan kita sendiri.
Tetapi Allah mahu kita membina sebuah negara yang baik, terbaik sekali.
Benar, realiti sebenarnya amat pahit, tetapi kita patut merubahnya.
Program ini milik anda dan kita semua ada peranan... Sila hantar pandangan anda kepada lelaman : www.amrkhaled.net
Diterjemahkan oleh : Ruby Mohd
Pasukan Dar al-Tarjama
Konvoi Melayu
|
|
تنبيه:لن يتم قبول التعليقات التي بغير اللغة العربية أو الانجليزية**
| |
| |